...hanyalah coretan tentang sebuah hikayat kehidupan yang penuh lara...

Friday, February 26, 2010

gila!

OH MY LORD!

GILA!

hanya itu yang mampu aku katakan.

aku bertambah gila memikirkan tentang sikap sesetengah manusia atas muka bumi ciptaan Tuhan ini.

kisah nya begini...aku juga ada beberapa akaun rangkaian sosial di internet. tidak perlu aku nyatakan apakah rangkaian sosial yang aku ada. yang menyebabkan aku menjadi pelik bilamana ada mereka-mereka yang tanpa segan silu dan tanpa sebarang intro terus-terus meminta no telefon aku.

bertambah gila bila aku lihat profil mereka yang tiada sebarang gambar diletakkan. bagaimana aku hendak tahu siapakah gerangan yang meminta no telefon aku?

ishhh..memang gila la manusia sekarang ini. ini semua membuatkan aku terfikir apakah motif mereka ini semua? bila aku tak bagi no telefon aku mulalah mereka mengeluarkan kata-kata kesat...ahhh tidak perlu aku nyatakan di sini apakah perkataan yang mereka keluarkan..anda semua pastinya boleh mengagak bukan?

persoalannya...apakah yang mereka mahu? apakah rangkaian sosial internet tidak lagi selamat seperti dulu? apakah dunia hari ini dipenuhi dengan manusia yang pelik dan gila? atau apakah mereka semua tiada kehidupan sendiri?

ahhhh...memang GILA !!