...hanyalah coretan tentang sebuah hikayat kehidupan yang penuh lara...

Sunday, February 28, 2010

EARTHQUAKE @ CHILE


NGERI.

memang sangat ngeri. baru-baru ni HAITI. dan yang terbaru CHILE.

pastinya umum mengetahui akan berita terkini mengenai bencana yang melanda CHILE. berikutan kejadian yang dahsyat ini banyak negara yang berada dalam keadaan berjaga-jaga. Amaran tsunami juga telah dikeluarkan.

masih segar lagi dalam ingatan berkaitan kejadian tsunami yang melanda negara jiran kita, Indonesia. dan negara kita juga turut merasa tempiasnya. jika dilihat akan bencana yang melanda dunia sejak akhir-akhir ini membuatkan aku terfikir... apakah ada negara yang selamat dari sebarang bencana dalam dunia ini?

Friday, February 26, 2010

gila!

OH MY LORD!

GILA!

hanya itu yang mampu aku katakan.

aku bertambah gila memikirkan tentang sikap sesetengah manusia atas muka bumi ciptaan Tuhan ini.

kisah nya begini...aku juga ada beberapa akaun rangkaian sosial di internet. tidak perlu aku nyatakan apakah rangkaian sosial yang aku ada. yang menyebabkan aku menjadi pelik bilamana ada mereka-mereka yang tanpa segan silu dan tanpa sebarang intro terus-terus meminta no telefon aku.

bertambah gila bila aku lihat profil mereka yang tiada sebarang gambar diletakkan. bagaimana aku hendak tahu siapakah gerangan yang meminta no telefon aku?

ishhh..memang gila la manusia sekarang ini. ini semua membuatkan aku terfikir apakah motif mereka ini semua? bila aku tak bagi no telefon aku mulalah mereka mengeluarkan kata-kata kesat...ahhh tidak perlu aku nyatakan di sini apakah perkataan yang mereka keluarkan..anda semua pastinya boleh mengagak bukan?

persoalannya...apakah yang mereka mahu? apakah rangkaian sosial internet tidak lagi selamat seperti dulu? apakah dunia hari ini dipenuhi dengan manusia yang pelik dan gila? atau apakah mereka semua tiada kehidupan sendiri?

ahhhh...memang GILA !!

Thursday, February 25, 2010

I still remember...

I still remember
Your bright smile
Your sparkling eyes

How you hold my hand
How you touch my heart
And you steal my soul

We were flying high in the sky
With fresh air
Cool breeze

Happiness..
Used to be ours
But...
Not anymore...
All has gone...

Tuesday, February 23, 2010

RASA...

Sepi.

itulah apa yang aku rasakan pada saat dan ketika ini.

Kosong.

Jiwa aku amat kosong.

Lemah.

badan aku juga turut merasa tempiasnya. badan aku terasa amat lemah sekali.

Pedih.

Ye...hati aku teramat pedih ibarat dihiris halus.

Monday, February 22, 2010

Aku...

Aku...
Pernah mencintai...
Pernah dicintai...

Aku...
Pernah menyayangi...
Pernah disayangi...

Aku...
Pernah mengasihi...
Pernah dikasihi...

Aku...
Pernah merindui...
Pernah dirindui...

Tapi...

Mengapa hanya aku...
Yang menangisi...
Terus meratapi...

Perpisahan ini...

kisah bermula....

...hadirnya blog ini hanyalah sekadar pengubat lara kehidupanku...